26 September 2013

Broga hill


Borga Hill atau nama melayunya Bukit Broga terletak di Semenyih. Perasaan nak panjat Broga Hill ni memang dah lama ada.. Sejak zaman muda-muda dulu konon sekarang dah tua, sejak belajar kat UTM lagi. Al-maklumlah bila tengok gambar-gambar dalam internet yang cantik-cantik semua cakap pasal keindahan Bukit Broga, hati mana yang tahan kan.. Lagi-lagi aku ni memang jenis suka sesuatu yang mencabar konon-konon advature la.. Tapi sekarang baru ada peluang dan masa untuk panjat Broga Hill.. 

Sebelum panjat Broga Hill, macam biasa aku akan survey dulu jalan ke sana, berapa ketinggian Broga itu sendiri dan juga jangka masa pendakian. So aku dapat rumuskan yang jalan ke Broga Hill tidak lah susah sangat. Lagi pon aku guna Waze application so memang tidak sesatlah jawabnya walaupun kadang-kadang orang cakap GPS = Guna Pasti Sesat.. Bagi ketinggian Broga Hill ini hanyalah 400 m dari paras laut.. Jadi tidaklah berapa tinggi.. So aku masih boleh tersenyum untuk mendaki.. blagak gila. Dan untuk jangka masa pendakian, kebanyakan orang yang pernah mendaki cakap dalam 45 minit dah boleh sampai ke puncak.. 

Here we go. 

Aku plan dengan si dia untuk panjat Broga pada hari sabtu 31 August 2013. Jadi disebabkan masa tu adalah hari kemerdekaan dan memang tengah cuti, jadi ramailah orang. Siap ada yang bawak bendera Malaysia.. sangat Patriotik anak muda sekarang. Alhamdulillah.. 

Si dia ambil aku kat rumah dalam pukul 5.00 pagi kalau tak silap sebab kami budget tak nak tertinggal sunrise. Seperti yang di rancang, kami sampai di kaki bukit dalam pukul 5.45 dan orang telah ramai. Parking di kawasan kelapa sawit dengan bayaran sebanyak RM 2.00 sekali masuk. Tapi tak apa lah bayar pon bayar lah.. yang penting selamat.. 

So sementara menunggu masuk waktu subuh, kami just berborak. Lepas subuh baru lah kami bergerak naik ke atas. Aku dah sediakan 1 botol air mineral kecil, swiggum dan juga 2 bungkus roti untuk bekalan. Alhamdulillah aku tak lah semput pon nak naik atas. Perjalanan pendakian kami berjalan dengan lancar tapi ada jugaklah berhenti sekejap sebab ada beberapa kumpulan pelajar mendaki masa itu. But we managed to reach up by 30 minutes hiking.. Alhamdulillah laju dari apa yang dirancang dan kami dapat tengok sunrise seperti yang di inginkan. 

#nikmatmanayangharuskudustakan. Ini lah yang boleh ku ungkapkan apabila melihat keindahan matahari terbit dari atas puncak Broga Hill.. 






This is us.. Cukup lah 3 gambar yang aku kongsikan kat sini.. Sebab aku hanya nak highlight kan keindahan Sunrise dari puncak. Jadi gambar-gambar lain biarlah menjadi simpanan peribadi aku sahaja.... :) 

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

20 September 2013

Kepercayaan

Trust to each other.
Senang untuk tulis, senang untuk di ungkapkan. 
Tapi sebenarnya susah untuk di laksanakan. 
Betul kan apa yang aku cakap kan ni? 

sources : mr.google


Kadang-kadang kita lagi susah untuk percaya bila kebenaran sebenarnya telah dapat di rungkaikan. Boleh ke kita nak pejamkan mata dengan apa yang telah di ketahui namun masih cuba untuk disorok? Namun wahai hati, cubalah sebaik mungkin untuk tidak memikirkan apa yang telah di ketahui. Walau sebenarnya pedih, tapi setiap manusia ada kekurangan dan juga kesilapan yang telah di lakukan.. Kesilapan masa lalu yang tidak perlu lah kita ungkit. Mungkin dengan berdiam-diri, kita boleh selamatkan hubungan yang baru terbina. Mungkin juga dengan berdiam diri, kita dapat menenangkan diri sendiri. 

Rasanya tak perlulah di buka buku lama. Bukalah lembaran baru yang mungkin akan menampakkan sinaran pelangi untuk hari esok. Kuatkanlah hati dan tutuplah mulut dari berkata-kata. Diam itu lebih baik dari mengeluarkan satu perkataan yang mungkin akan merosakkan segala-galanya.

Biarlah hati ini pedih untuk menelan apa yang telah tersurat, namun aku sanggup untuk secebis kebahagiaan. Aku juga insan biasa. Aku juga punya masa silam. Jadi mengapa tidak bagi aku untuk mendiamkan masa silamnya? mengapa perlu aku ungkit masa silamnya? Sedangkan masa depannya lebih bercahaya dari yang lepas.. Aku cuba untuk jadi yang terbaik. Aku juga mencuba untuk menjadi seseorang yang sangat memahami. Namun kadang-kala hati kecil ku memberontak untuk bersuara.

Ya Allah, kau kuatkanlah semangat ku. Kau teguhkan lah pendirian ku. Hanya kepadaMu ku memohon. 

Terima Kasih Sudi Singgah

19 September 2013

Astrid - Mendua




Ku tak habis pikir, kurangku di manaKau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap, namun terlalu jauhImajinasiku terberaiTerdiam aku beku tanpamuDimanakah letak hatimu?
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir
Ku tak habis pikirKurangku di mana?Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap, namun terlalu jauhImajinasiku terberaiTerdiam aku beku tanpamu,Di manakah letak hatimu?
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir
Kau putuskan tuk menduaDengan dia di belakangkuPadahal ku pilih kamuJadi cinta terakhir
Terima Kasih Sudi Singgah