21 September 2017

Hobi baru

Assalamualaikum. 

Pejam celik pejam celik dah bulan sembilan. Rupa-rupanya dah masuk dua tahun aku berkahwin. Terasa macam baru sebulan kami kahwin. Wah, nampak tak kami sentiasa dalam mood honeymoon? 

Jangan pula ada yang tanya, aku merancang ke sebab dah dua tahun kahwin tapi tak ada anak lagi? Dan jawapan kepada soalan itu, aku tak pernah merancang. Masing-masing dah nak menginjak ke angka 30. Takkan nak merancang sampai dah masuk umur 40 baru nak fikir pasal rezeki anak kan? Since hari pertama bernikah, tak pernah pon dalam fikiran ni terlintas untuk merancang honeymoon lama-lama. Siap merancang nak ada baby cepat-cepat adalah. Tapi kita kena ingat, sebaik-baik perancang adalah Allah Swt. 

Tapi aku tak pernah putus asa dan aku masih bahagia walau hidup berdua sebab masih ada keluarga besar yang lain. chill lah. 

Since masih berdua, Jadi timbullah hobi baru yang dapat mengeratkan lagi kasih sayang. Sekarang ni aku dah start cycling. Mula-mula masa nak beli basikal tu rasa macam saja-saja nak try. Tapi once dah beli, aktiviti ni dah jadi aktiviti rutin mingguan. Mesti kena ride. Atleast 15km per ride. Kalau tak cycle tu rasa semacam. 

Nak keluarkan peluh dengan berjogging, dah rasa malas sangat. Tak macam sebelum kahwin dulu memang rajn. Tapi bila dah kahwin ni dia ada tabiat lain macam sikit. Tabiat suka duduk rumah dan malas nak keluar rumah. Al-maklumlah, rumahku syurgaku lah katakan. 
Gittew.. 

Tapi sekarang ni tabiat tu dah berubah. Kena jugak keluar rumah walau sekali dalam seminggu untuk berbasikal. Dan yang paling penting kena ada my partner in crime lah kan. Kalau tak ada dia, tak jadi jugak. 

Kami pernah berbasikal berdua je dari selayang masuk ke kuala lumpur. Saje je nak test samada masih mampu nak bersukan ke tak. Nah... ni buktinya yang kami masih mampu. 



Ha, sampai ke KLCC tu. Dari selayang nak ke KLCC tu jarak dia dalam 25 km jugak lah sebab lalu jalan dalam which is jalan kampung nak perumahan. Kami elakkan untuk lalu jalan Kuching atau pun highway. 

Selain itu, kami jugak pernah pergi ke event Shah Alam free car day. Yang tu pon best jugak. Tapi masa hari event tu hujan. Walaupun hujan, berjaya jugak lah habiskan 3 round pusing bandar Shah Alam masa tu. 

Target kami pulak nak balik kampung si dia naik beskal. Maklumlah, minyak makin mahal. Naik basikal ni dah boleh save duit minyak dengan tol. hihi

Untuk yang baru nak start berbasikal macam kami-kami ni, aku sarankan belilah 'gear' yang lengkap. Helmet dan lampu basikal tu paling utama kalau rasa nak ride masuk KL ni. Sebenarnya bukan masuk KL je kena pakai gear ni, kalau ride kat kawasan pekan pon di sarankan pakailah peralatan yang lengkap dalam berbasikal. 






Terima Kasih Sudi Singgah

13 April 2017

Fast and Furious 8

Assalamualaikum.

Sekali sekala keluar malam, hang out dengan family memang boleh hilangkan stress dan juga penat bekerja.

So here we go for last night.



Jalan-jalan jumpa Vin Diesel and family. Sememangnya akak peminat tegar fast and furious ni. Dari first series dia akak ikut till now dah siri yang ke 8 dan jujur akak tunggu untuk siri yang ke seterusnya. 

Untuk FF8 ni, bagi akak dia mempunyai story line yang agak kuat berkisarkan family. Bagi sesiapa yang ikut cerita ni dari siri-siri yang awal dulu memang watak Dominic Toretto ni merupakan seorang family man. Macam mana cara dia jaga adiknya, Mia dan dia anggap team dia sebagai satu family mesti kita semua dapat rasakan. 

Jadi dalam episod 8 kali ni, dia berkisarkan Dom dan family nya. 

Permulaan jalan cerita dah membuatkan penonton terpegun, tersenyum dan menanti jalan cerita seterusnya. 

At first before kita step into cinema mesti kita akan fikir mungkin cerita ni tak akan sama macam siri-siri yang sebelum ni sebab Paul Walker a.k.a Brian dah mati. Ye lah, Brian kan dah berlakon F&F since 1st episode. Tapi siapa sangka kan dia mati dalam usia muda.

Tapi tak dinafikan cerita fast and furious 8 ni tak kurang hebatnya. 

Terutama bila Dom ambil keputusan untuk beralih arah dan sanggup berlawan mendapatkan nuclear missile. Siapa sangka Dom yang seorang family man akan beralih arah kan? 

Sebelum Dom ambil keputusan beralih arah tu, dia ada jumpa pengganas cyber yang di gelar chyper. Dan lepas tulah bermulanya Dom beralih arah dan meninggalkan Letty serta rakan-rakan yang lain. 

Tentunya ada sebab kenapa Dom beralih arah kan? Jadi nak tau kenapa Dom beralih arah, boleh lah tengok sendiri kat wayang atau tunggu pirate dvd keluar lah ye. 

Kat sini akak nak bagi 5 star untuk Fast and Furious 8. 

Terima Kasih Sudi Singgah

Rezeki

Allahu. Dah lama sangat lah tak update blog ni. Mungkin ada yang tak perasan dengan kewujudan blog ni sebab blog ni tak sefemes blog hanis zalikha, blog cik epal, fatin liyana, irine nadia dan so on. Walaupun ini hanya blog cipisan tapi blog ni tetap disayangai. cheewah

Pejam celik pejam celik, dah lebih satu tahun setengah bertukar status cik kepada status Puan. Alhamdulillah, walaupun masih tidak dikurniakan cahaya mata, tapi rezeki Allah itu luas. Rezeki masing-masing tidak sama. Mungkin si dia di limpahkan dengan rezeki wang ringgit, mungkin yang lagi satu dilimpahkan dengan rezeki sihat tubuh badan, ada juga yang dilimpahkan dengan rezeki cahaya mata yang comel yang mewarai hari-hari dan bermacam lagi rezeki sebenarnya. Walaupun akak belum lagi dikurniakan rezeki cahay mata, tapi alhamdulillah Allah masih kurniakan akak rezeki sihat tubuh badan, rezeki kasih sayang dari orang sekeliling dan itu cukup memadai.

Kadang kala bila berjalan dan jumpa orang yang dikenali mesti salah satu soalan yang di tanya mestilah haruslah dan wajiblah, dah berisi ke? ehh ehh.. tanya macam tu nak tau dah berisi ke atau sebab akak ni yang nampak dah 'berisi'? Sebenarnya akak tak lah nak heran sangat bila orang keliling nak tanya pasal rezeki anak ni sebab semua yang tanya tu ambil berat pasal kita. Rasa macam di sayangi pulak bila ramai yang tanya pasal rezeki anak ni.

Akak dikelilingi oleh ramai pasangan yang masih tidak mempunyai zuriat dan di sebabkan ini jugaklah akak tahu perasaan mereka ditambah dengan diri sendiri yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bila baca status kat FB, ramai yang rasa tak selesa dengan soalan tu tapi bagi akakakak tak terkesan langsung dengan soalan seperti tu sebab akak anggap semua soalan macam tu soalan yang sangat menggembirakan. siapa yang tak nak anak kan? Ya, setiap pasangan nak kan zuriat. Tapi kena ingat, semua tu dari kuasa Allah. Kalau Dia mengatakan belum tiba masanya, kena percaya yang masa sesuai belum tiba. Mungkin Allah tak mengizinkan ianya terjadi sekarang sebab Allah tahu mungkin kita tak bersedia sepenuhnya. Setiap perjalanan yang dah diaturkan adalah yang terbaik  buat setiap insan.


Bertanya tentang rezeki ni bukanlah untuk menyindir pasangan lain. Ye lah, mungkin anak si polan baru bernikah dua tiga bulan dan di sahkan mengandung tapi yang kami-kami ni walau dah lebih setahun dua tahun tiga tahun masih belum dikurniakan rezeki ke arah itu dan sebab tu juga lah si polan bertanya. Sebenarnya si polan ni nak meraikan kegembiraan tu bersama.

Tapi....

Ok, ada tapi tau. Tapi kalau dah setiap minggu jumpa dan tanya benda yang sama, mungkin akan datang perasaan annoying tu pada si penanya. Jadi pada yang ambil berat tu, nak bertanya tengok pada situasi ye. Kalau dah selalu sangat soalan sama diulang, lebih baik tanya soalan lain ataupun lebih baik diam dari bagi orang lain sedih.

Jom sama-sama kita doakan adik beradik, saudara-mara, dan juga kenalan yang kita kenal moga dikurniakan rezeki yang diinginkan.

Ingatlah, rezeki Allah itu luas.









Terima Kasih Sudi Singgah