22 August 2014

Malaysia Berkabung

22.8.2014 
Hari ini merupakan detik yang menyentuh hati dan perasaan kita sebagai insan. Pada tarikh ini, dapat di lihat di semua media sosial heboh tentang hari memperingati mangsa-mangsa nahas MH17 yang di tembak di sempadan ukrain dan rusia pada sebelum raya. Dan hari ini merupakan detik di mana jenazah-jenazah mangsa di bawa balik ke-Malaysia. 



22.8.2014 
Pada tarikh ini dapat di lihat seluruh rakyat di setiap pelusuk  Malaysia mendoakan mereka. Walau hanya jasad yang di bawa pulang, namun semuanya amat bermakna bagi keluarga dan sahabat mangsa. 

Kita.. 
Kita walaupun kita tidak mengenali antara satu sama lain, namun pemergian mereka amatlah di rasai. Menitis air mata ini melihat sayunya suasana yang berlaku. 


22.8.2014
Melihat air mata si anak kecil yang seperti mengerti akan ketiadaan ibu, bapa, abang, kakak mahupun saudara mereka bisa meruntun hati kecil ku ini. Hati kecil kita sebagai manusia yang punya hati dan juga perasaan. 

Ya ALlah, moga roh-roh mereka yang beragama Islam di cucuri rahmat dan bagi mereka yang bukan beragama Islam, Rest in peace. 

Innalillah...


Mari sedekahkan al-Fatihah 




Terima Kasih Sudi Singgah

4 August 2014

Team Blogger Support Gaza

Assalamualaikum

Hai uolls

Tika kita bergembira menyambut Syawal,
Mereka di sana gembira menyahut seruan Ilahi. 

Tika kita ketawa bersama keluarga, 
Mereka di sana tersenyum bertemu Yang Esa. 

Tika kita mengukir senyuman dan menghamburkan tawa, 
mereka di sana terukir senyuman dalam titisan air mata yang tidak dapat di gambarkan.

Duhai para Syahid,
 duhai para ibu,
 duhai para wanita,
 duhai anak-anak kecil.
Ketahuilah sesungguhnya kekuatan mu itu telah mengalahkan kekuatan askar-askar zionis yang kukuh pada luaran tetapi sesungguhnya mereka lemah di dalamnya.  

click banner to join. 

Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pertolongan dari-Mu, selamatkanlah saudara kami di Gaza. 

Marilah sama-sama kita membacakan doa Qunut Nazilah agar umat Islam di Palestine di berikan kekuatan, ketabahan dan juga kemenangan serta perlindungan dari yang Esa. Amin ya Rabb
mr.Google






Terima Kasih Sudi Singgah

3 August 2014

Movie Marathon - The fault in our star

Hai uolls




Dah lama iolls tak tengok movie dengan adik beradik iolls. So Jumaat lepas iolls decide untuk bawa adik-adik iolls dan juga anak-anak buah iolls bermovie secara berjemaah. Jumaat punya cerita baru sempat nak update hari ini.

First movie yang iolls tengok pada hari itu ialah The fault in our star. Cerita ini berkisarkan seorang remaja - Hazel Grace Lancaster yang menghidap cancer dan berada pada tahap kritikal iaitu tahap 4. Hazel Grace juga didapati menghadapi masalah kemurungan dan hal ini menyebabkan kedua ibu bapanya menyuruh Hazel menyertai satu 'support group' yang ahlinya terdiri daripada penghidap-penghidap cancer yang boleh dikatakan agak kritikal juga. 

Cerita 'The fault in our story' ini boleh dikategorikan dalam 'romance movie' kerana ia lebih berkisarkan percintaan antara Hazel dan juga Augustus Waters. Filem ini telah di adaptasi dari sebuah novel yang juga bertajuk The fault in our star.

Iolls bagi cerita ini 4 bintang setengah kerana cerita ini sangat touched. Seriously sangat menyentuh hati terutama bagi wanita seperti iolls yang memang mempunyai hati yang berbunga-bunga.






Uolls patut pergi tengok dan sediakan sedikit tissue. Tapi kalau rasa-rasa malu nak nangis, bawaklah minyak angin sebab nanti boleh cover line cakap minyak angin masuk mata sebab tu keluar air mata. Hoccay?


Terima Kasih Sudi Singgah