31 May 2013

Bertukar angin

Assalamualaikum w.b.t

Semenjak aku habis belajar rasanya tak ada sekalipun aku post pasal kerja kan? Actually benda tu tak adalah penting sangatkan, asalkan pekerjaan yang kita buat tu halal untuk di gunakan dan juga duit itu berkat di sisiNya. Chewahh.. Berceramah pulak. Tak apa, sikit je pon ceramah ni.. Untuk pembuka bicara la katakan..

Lepas aku habis belajar sekitar pertengahan tahun lepas, alhamdulillah aku terus masuk kerja dalam satu company consultant. Maknanya, aku memang kerja dalam bidang yang aku belajar selama empat tahun bersengkang mata serta berseronok di UTM dulu la. Aku kerja sebagai Landscape Architect a.k.a LA. Nama company tu biarlah menjadi rahsia antara aku dan dia.. cheewwaahh..

Aku kerja kat company ni tak ada lah lama sangat.. lebih kurang setengah tahun je.. Awal tahun 2013 aku dah hantar surat resign 24 hour atas alasan-alasan tertentu. Ex-office mate semua best. sporting. Rindu gila-gila mereka semua. Tapi aku ada sikit je gambar yang boleh dikongsi.

Ini lah semua ex-office mate aku. 

Yang tengah ambil lauk tu one of my ex-boss.

Sekarang ni aku dah bertukar angin. Aku tidak lagi bekerja dengan company consultant tapi aku bekerja dengan company contractor dan 100% bukan contractor landscape tapi contractor dalam bidang cleaning services. Walau bagaimanapun, company sekarang ini still ada buat maintenance dalam bidang landscaping, jadi aku tetap dapat praktikkan apa yang aku belajar dulu.

Aku suka sangat dengan company sekarang sebab aku tak stress menghadap design 24/7 tapi aku perlu selalu keluar menghadap client. Tapi best, sebab makan semua di tanggung beres.. ngeh ngeh ngeh (gelak jahat) 

**Kalau korang nak cari company untuk cleaning services boleh la direct contact aku kat ddzureen@yahoo.com. 


Terima Kasih Sudi Singgah

16 May 2013

C-Day 7th May 2013

Assalamualaikum w.b.t

Mood konvo dah habis. 7th May yang lepas aku dah merasa naik ke pentas yang konon-konon gah tak hingat. Sebenarnya mula-mula aku memanglah rasa sangat excited nak konvo. Al-maklumlah ini first time aku nak rasa pakai jubah yang besar dari saiz badan dan juga nak merasa letak mortar board di atas kepala.. Feeling ala-ala puteri dengan square crown la konon.. 

Tapi... bila tarikh PRU 13 bertembung dengan tarikh konvo, aku jadi macam tak tentu arah. Mana tak nya, sepatutnya tarikh konvo aku jatuh pada 5th May 2013 bersamaan dengan hari Ahad, so boleh la nak merasa angkut seluruh family, bawak pak cik, makcik, sepupu, dua pupu, dan juga semua kupu-kupu, tapi semuanya musnah. Hancur luluh, impian yang ku impikan.. ceehhh... So lepas tahu tarikh tu terpaksa diubah due to PRU 13, jadi mood konvo telah bertukar kepada mood PRU 13.. 

Masa konvo aku pon tak de la aku nak angkut semua sedara-mara mahupun kupu-kupu aku pergi. Even adik kandung aku sendiri pon tak dapat nak join sebab dia ada exam. Jadinya, majlis konvokesyen ini aku anggap biasa-biasa sahaja.. 













Gambar pon tak dapat nak captured banyak-banyak sebab hujan. Jadi, kami ambil gambar di dalam library sahaja.. Mesti ada yang pelik kenapa 4 orang je yang beriya. Mana the rest of our members? Sebenarnya kami 4 orang ni tercicir dari list mereka-meraka yang lain.. Kami berempat lambat. The rest dah konvo awal.. huarghhh.. sebenarnya sedih, tp tak apa.. Konco lambat ke cepat, yang penting kami tetap kawan smpai bila-bila.. Insyaallah.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi datang dr jauh semata-mata nak meraikan majlis kami.. Terima kasih yang tak terhingga.. :) 


FINALLY IT'S OURS!!!!!!

Terima Kasih Sudi Singgah