ni cerita dulu-dulu..
saje nak simpan dalam kertas nota aku yang tak seberapa ini..
pertama sekali sebelum aku membuka bicara lebih lanjut, aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang terlibat dalam cerita ini..maaf sekiranya korang tak suka untuk membaca cerita ini.. Namun bukan niat aku nak aibkan sesiapa sebab cerita yang aku nak cerita ini, hanyalah berkenaan diri aku dan dia..
hari ini aku terfikir untuk membuka cerita dulu-dulu.. cerita pertemuan kami..
zuupppsssss... (kembali ke tahun 2006)
wahh.. macam cerita doraemon plak.. boleh kembali ke masa silam..(^_^)
*****
****
PJKN... anjuran rakan muda
PJKN ni lah yang menemukan kami..
masa tu aku tak sangka pulak aku leh jumpe jodoh.. (jodoh la sgt)
Tahun 2006, aku sangat aktif dengan kelab rakan muda daerah gombak.. masa ni aku dengan kawan baik aku Filzahruz a.k.a feel sangat gile dengan kelab ni.. Setiap aktiviti yang kelab rakan muda adakan, mesti kami berdua orang pertama yang beri nama untuk sertai.. tak kiralah sebagai peserta mahupun sebagai fasilitator..
Rakan muda ni telah mengajar kami banyak benda. Program-program yang dianjurkan rakan muda telah membentuk aku sebagai seorang pelajar, seorang anak dan juga seorang rakyat yang mempunyai matlamat dan arah tujuan. Pada tahun 2006 ini, kelab rakan muda daerah Gombak sangat aktif. Kelab rakan muda telah digerakkan secdara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti melalui gaya hidup sihat.
ok.. salah satu aktiviti yang aku sertai dengan kelab rakan muda ini adalah kem Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) tahun 2006.. yea.. tahun yang sangat-sangat bermakna buat diri aku..
PJKN 2006 anjuran Kelab Rakan Muda daerah Gombak ini diadakan pada bulan november kalau tak silap aku.. yea.. masa ini, ada beberapa buah sekolah yang join lah.. dan terdapat juga pelajar dari Giat Mara..
haa.. nak dijadikan cerita.. masa PJKN ini lah aku dengan 'si dia' berjumpa. Masa ni umur aku baru 18 tahun... muda kan? muda-muda dah gatal.. tak senonoh betul.. tapi nak buat macam mana kan? memang aku gatal sikit time ni.. jiwa muda lah katakan.. hihi...
masa dekat PJKN inilah berlakunya sesi mengorat.. haha.. ayat tak boleh blah... 'si dia' amik nombor hp aku kat siapa pon aku tak pasti tapi yang pastinya memang si dia telah 'mengganggu' ketenangan ku.. hari-hari si dia msg.. hari-hari si dia kacau aku tak kira masa..
Aku tak kenal siapa beliau yang suka sangat nak kacau aku.. bagi hp aku bergetar selalu.. sampai kadang-kadang aku rasa jemu diganggu.. tapi cara si dia menarik perhatian aku.. sgt chomel..
tepat 26 nov 2011, si dia dengan gentle nye minta hubungan kami diteruskan dengan lebih rapat lagi.. maknanya lebih dari seorang kawan... dan bermula dari saat itu, kami declare..
yea.. kami declare sebagai sepasang kekasih...
si dia sangat caring, baik, jujur, setia... setiap bulan tak pernah walau sekali dia tak wish anniversary.. kitorang punye anniversary setiap bulan.. korang ada? tak ada kan? kalau korang muak, ade aku kisah? hihi
dan tahun ini dah nak masuk 5 tahun hubungan kami..
****
**
*
namun.............................
Terima Kasih Sudi Singgah