12 July 2011

Andai Lelaki Tahu

 
 
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu  tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan  untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila  seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya  tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan  menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada  seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya  lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah  bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya  dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia  mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda  seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk  dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak  sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda seperti anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau  sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang  diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik  untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia  mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau  hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan  rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan i love you, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu  merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga  melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia  rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,  bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila  perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya  kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya  memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu,  percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih  baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki  tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi  degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar  dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai  kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya  dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, tolong  tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali  tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia  benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia  terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat  sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang  tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling  melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah  indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan  yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan  tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat  lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang  perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan  sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan  membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi  perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

entry ni zz copy paste.. tapi zz suka dengan baca  sebab entry ni sangat bermakna...

Terima Kasih Sudi Singgah

11 July 2011

cahaya pelangi

air mata duka
sakit tak terperi
duka yang tiada diubati
kesakitan yang tak mungkin padam
kau bagi aku kebahagiaan sementara waktu
kau beri aku senyuman mu

ah.. 
sekelip mata kau tarik segalanya
sekelip mata kita berubah
tiada lagi tawa
tiada lagi senyum
hanya duka menyusur hari 
hanya kesedihan membaluti tubuh

pulangkan aku pelangi itu
berikan aku cahaya semalam
andai dapat ku undur masa
tak ingin aku berjumpa dengan mu
andai dapat ku putar waktu, 
kan ku jauhkan diri darimu

dan jika itu berlaku,
tak kan duka menyelubungi hidupku.. 




Terima Kasih Sudi Singgah

6 July 2011

polisi jalan

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya 
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane 
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu 
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak 
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 
7 berhenti di sebelah kancil tadi. 

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda 
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple 
aje.... 

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta 
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea. 

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju 
pakcik akan hon dan bagi high beam" 

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta 
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. 
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima 
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi 
high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. 

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan 
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, 
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia 
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia. 

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam 
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. 
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat 
bawah jambatan. 

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 
250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman 
kereta-kereta yg laju nie... 

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah 
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak 
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'

    Terima Kasih Sudi Singgah