30 June 2011

burung kakak tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan. 

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?" 

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? 

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya... 
secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop... 
Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, 
burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula... 

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?" 

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!" 

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah 
tangannya dan terdengarlah... 

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

Terima Kasih Sudi Singgah

23 June 2011

my artwork **part 4

Photographer : Zureen Zakaria
MUA : Asrinna Ibrahim
Model : Asrinna Ibrahim





Terima Kasih Sudi Singgah

my artwork **part 3

Photographer : Zureen Zakaria
MUA : Anjer Leez
Model : Yanna Zakaria

Terima Kasih Sudi Singgah

my artwork **part 2

Photographer : Zureen Zakaria
Mua :Anjer Leez
Model : Anjer Leez

***
**
*



Terima Kasih Sudi Singgah

my artwork

my art work..

***
**
*










Photographer :Zureen Zakaria
MUA: Swaya Zamrin
Model: Swaya Zamrin




Terima Kasih Sudi Singgah

20 June 2011

cuti-cuti Malaysia - teluk Intan, Perak

Cuti-cuti Malaysia kali ini, kami adik-beradik pergi jalan-jalan dekat Perak.. Bukan nak cakap kami semua tak pernah pergi Perak tapi kali ini kami pergi Perak sambil mengambil gambar.. Selalunya pergi Perak tu semata-mata sebab nak balik kampung.. Jadi tujuan kali ini sangat menyimpang dari kebiasaannya..

Kali ini kami semua balik perak dengan 2 tujuan dan yang utama nya untuk merealisasikan impian untuk menjadi seorang photographer.. cheewahh.. perasan ko ni ZZ.. tak apa.. korang nak cakap ZZ perasan pon ZZ tak kisah sebab itulah kenyataannya.. tanpa angan-angan, tidak akan muncul kenyataan.. Tanpa impian, kita tidak memperoleh kejayaan... yea.. start berceramah walaupun sangat lah tidak layak.. 


ni salah satu hasil tangan ZZ.. tapi yang ini di edit oleh kakak ZZ.. 

ok.. nantikan gambar-gambar yang lain pula di next entry ok.. 

P/S : Kakak ZZ ni ada buat catering.. jadi kepada sesiapa yang memerlukan perkhidmatan catering terutama sekitar kuala lumpur ni, boleh la inform kat ZZ atau lagi senang pergi terus ke LINK INI... 



Terima Kasih Sudi Singgah

10 June 2011

mana lebih selamat?

holla
hello
hallu

rasa happy la sangat bila fikir pasal keluarga.. almaklum lah sekarang ni duduk dengan family.. makan, minum, baju, semua dijaga.. lala~~ hati sangat lah gembira.. sapa yang tak gembira kan?

Sekarang ni iolls dok ngan family sebab iolls tengah practical.. iolls practical dekat je dengan rumah.. kalau keluar rumah jam 8.20, compon boleh sampai ofis sebelum 8.30 tapi masalahnye iolls ni suka keluar rumah jam 8.25.. so korang rasa boleh tak iolls nak sampai ofis before 8.30? mesti tak boleh punya lah.. haha.. selalu nya iolls akan sampai ofis lambat 3 minit.. paling lambat iolls sampai 8.39... tu la rekod.. tapi rekod tu sangat lah tak cantik sebab rumah dekat tapi still tak boleh nak datang awal.. buroookk nye perangai kau ni iolls.. haha

kalau sebelum ni iolls duduk kat johor, iolls rasa kan hidup ini sangat lah susah.. almaklumlah dari kecik memang duduk bawah ketiak ibu je.. jadi bila kena berdiri atas kaki sendiri a.k.a berdikari, memang susah la.. kalau u all nak tahu, every time iolls  balik johor je, mesti iolls kurus.. percaya tak? percaya tak? nak percaya atau tak, memang itu kenyataannya.. tapi once iolls balik kl, even for a week pon, badan iolls boleh naik... semua itu penangan dari perasaan senang hati bila duduk di rumah dan makan, minum serta pakai di jaga dengan rapi.. 

Dulu masa kecik-kecik, pernah tak korang terfikir nak duduk sendiri dengan kawan-kawan.. haa... mesti pernah kan? jangan nak tipu la.. mesti korang rasa cool gila bila duduk berjauhan dari family kan kan kan? iolls pon sama jugak.. dulu kecik-kecik siap plan dengan kawan-kawan nak sewa rumah sama-sama.. pergi kerja sama-sama.. itu lah ini lah.. semua nya sebab tak nak di kongkong bila tinggal  dengan parents.. tapi al-kisahnya mnasa tu bukan kita tahu susah atau senang duduk jauh kan? ni bila dah besar barulah masing-masing realize yang duduk dengan family adalah segala-galanya.. betul ke tak pe? hehe... 

jadi... bagi iolls lah.. duduk dengan family is more save + safe = better... 


Terima Kasih Sudi Singgah

8 June 2011

mulut

bila hati kata sayang
ia tak mungkin menipu

bila mulut kata cinta
ianya mungkin tidak lahir dari hati yang luhur

bila rasa inginkan perhatian
mungkinkah akan datang tanpa penantian

bila diri ingin kasih sayang
adakah ianya muncul dengan sekelip mata

bila diri ingin di manja
adakah sesiapa yang tulus memberi belaian
 
Terima Kasih Sudi Singgah

7 June 2011

rintihan anak kecil

ibu,
terima kasih kerana berikan aku walau secebis nyawa
tapi mengapa tergamak kau tidak mengaku aku sebagai anak mu?
ibu, 
terima kasih kerana beriku masa untuk melihat dunia ini
tapi mengapa kau sanggup membiarkan ku terkapai-kapai dalam gelap?

ibu, 
terima kasih kerana kau sanggup melahirkan diri ini
tapi mengapa kau tidak mahu berfikir sejenak
mengapa kau sanggup melihat ku menderita?

ibu,
terima kasih kerana memberiku nafas
namun mengapa kau mengikut nafsu semata?

ibu, 
terima kasih kerana menjagaku selama 9 bulan di dalam rahim mu itu
tapi mengapa kau sanggup membunuh ku di kala ku baru mahu melihat keindahan ciptaan-Nya



ya Allah.. 

tidakkan kita semua kasihan kepada nasib si kecil?
mengapa tergamak kita melihat semua ini terjadi?
mengapa masih ada yang sanggup untuk membuang si kecil?
wahai manusia, jangan lah kita berfikiran sempit sehingga sanggup membunuh nyawa mereka yang tidak bersalah.
janganlah kita ikut kan nafsu yang sering membawa kita kepada keburukan. 
ya.,. mungkin kita semua sudah puas melihat dunia, tapi...
berilah sedikit masa buat mereka untuk merasai kenikmatan dunia yang kecil ini... 


Terima Kasih Sudi Singgah

2 June 2011

kes pembuangan bayi

sekarang ini banyak kita dengar tentang kes pembuangan bayi kan?
di manakan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri kita? 
kenapa masih ada manusia yang berperasaan lebih buruk dari seekor binatang?

adakah kita boleh samakan manusia yang diberi akal dan fikiran dengan binatang yang hanya ada otak...
ok.. bagi ZZ, sebenarnya terdapat pelbagai punca berlakunya kes-kes pembuangan bayi ini antaranya:

1) kurang didikan agama.
Biasanya golongan remaja seperti ZZ inilah yang paling tinggi statistiknya dalam kes pembuangan bayi ini. eh, kau ingat kau tu remaja? kurangnya didikan agama dalam diri boleh membuatkan golongan seperti kami ini hilang pedoman dan juga panduan hidup yang menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan akhirnya terlibat dengan gelaja-gejala seperti ini..

2) Pergaulan bebas
bagi ZZ, kita sebagai remaja bukan nya tak boleh nak bergaul sesama kita, tapi kita kena lah ingat kan batasan. Janganlah sebab nila setitik rosak susu sebelanga. jangan lah di sebabkan korang-korang yang bertindak bodoh ni, boleh merosakkan imej kami yang suka bergaul dengan rakan-rakan yang lain.. kan tak elok tu.


3) pengaruh rakan sebaya
Kita kena cari rakan-rakan yang betul-betul boleh di namakan sebagai seorang rakan. bukannya rakan yang boleh merosakkan diri sendiri.. yea.. ZZ akui, remaja seperti ZZ ini sering terikut-ikut dengan kehidupan rakan-rakan yang dilihat lebih bebas, tapi kita kena sedar, kebebasan itu bukan lah sesuatu yang boleh dibuat main-main..

tak kah kita kasihan bila kita dengar berita dari radio, television dan berita-berita yang keluar di dada-dada akhbar tentang pembuangan bayi? baru-baru ini terdapat seorang bayi yang di buang dari tingkat 5 bangunan. owhhh.. kasihan sungguh.. kenapa la dia orang sanggup nak membuang bayi sampai macam tu sekali? 'dah pandai buat tapi tak pandai tanggung'. memang ZZ emo sikit la pasal kes-kes pembuangan macam ini. 

kat sini, bukan lah ZZ nak cakap yang ZZ baik.. tapi ZZ cuma nak luahkan perasaan.. 

korang tak rasa apa-apa ke bila tengok kes-kes macam ni? 

 macam ini


owhh.. kesian sungguh.. 
hurmm.. speechless... ZZ tak tahu nak cakap macam mana.. tapi betul-betul kasihan kat bayi-bayi ini.
Allah dah bagi dia nyawa, kita ni sebagai makhluk Allah, sanggup pulak nak membunuh mereka.. 
Astaghfirullah



Terima Kasih Sudi Singgah

1 June 2011

.10 wishes

hello
hello
hello

eh.. korang ada tak apa-apa wishes?
kalau korang rasa korang ada nak wish apa-apa.. bleh la kita kongsi..
orang kata, kadang-kadang angan-angan itu akan jadi kenyataan kan kan kan?
insyaAllah...

jadi kat sini ZZ nak bagi sikit la apa wish ZZ yang ZZ rasa, ZZ nak sangat nak buat tapi tak kesampaian lagi..

10. ZZ nak round satu dunia.. sapa yang tak suka jengjalan kan? ZZ rasa, mesti korang pon teringin nak round the whole world ni kan? sama la cam ZZ.. ZZ suka tengok culture kat tempat lain.. ZZ suka ambil gambar yang berkaitan dengan kehidupan.. mmg ZZ suka sangat-sangat.. so i wish that i can round satu dunia ini..

9. ZZ nak jadi seorang business woman. ni pon satu impian ZZ yang ZZ cuba nak buat.. impian ni sebenarnya dah ada dari kecil lagi. sapa yang tak nak jadi kaya kan? sama la macam ZZ..

8. ZZ nak buat rumah besar-besar macam rumah orang-orang putih tu... Bukan je yang besar, tapi kena cantik, kemas... best la mata memandang..

ni contoh rumah idaman ZZ..
7. ZZ nak bawak bagi ibu ZZ pergi haji.. dia mengidam sangat-sangat nak pergi haji.. ZZ harap ZZ dapat kumpul kan duit dari titik peluh ZZ sendiri untuk hantar ibu pergi haji.. ibu, tunggu anak ibu ni besar sikit k? hehe

6. lagi apa erk yang ZZ nak buat? haa... ZZ nak amek lesen B full.. zz nak bawak motor super bike.. foyyoooo... best nye kalau dapat bawak super bike.. bila la boleh amek lesen ni yea??

5. ZZ nak jadi cantik.. boleh tak kalau impian ZZ nak jadi cantik.. hurmmm... hehe.. tak pe la.. bersyukur je dengan apa yang ada.. tapi ZZ masih impikan untuk kurus lagi.. wahh.. ini mesti impian semua wanita kot... hehe..

4. ZZ nak kawen!! eww.. gatalnye ZZ.. umo baru 23, dah nak kawen... haha... memang agak gatal.... maaf yea papa, anak papa ni memang dah makin gatal.. hehe

3. ZZ nak bercinta jarak dekat.. ni dah dekat 3 tahun ZZ bercinta jarak jauh.. ZZ nak jadi macam dulu.. bercinta jarak dekat.. hari-hari boleh jumpa.. susah la nak bercinta jarak jauh ni... hurmmmm

2. ZZ nak jadi anak yang boleh bahagiakan ibu bapa... amin... cewahhh

1. first wish ZZ ialahh.... ZZ nak pakai tudung... amin... doakan lah ZZ cepat berubah, menutupi rambut ZZ ni..
Terima Kasih Sudi Singgah