26 April 2010

sukma masum

sukma masum
sukma masum
sometimes pening jugak nak pk pasal sukma ngan masum ni..
if masuk masum, takut coach tak nak bagi lepas sebab jarak sukma dengan masum tak jauh... masum bulan 5... 10 hari after habis masum dah sukma.. tapi kalau tak pergi masum, takut bende lawn plak jadi.. hurmm.. aduh,, dalam dilemma la sekarang ni... macam mane yea? hishhh...

sukma masum
sukma masum
sukma dekat melaka masum plak kat perlis
satu kat utara satu kat selatan.. penat nye la kitorang.. dah macam robot plak jadinye..
penat nye jangan di cakap la..'bak kata coach angkat berat' = kalau tak nak penat jangan masuk sukan.. betol jugak tu.. kalau tak nak penat jangan masuk sukan.. pi tdo je kat umah..
pastu dapat pi dating tiap2 hari.. mesti tak penat kan? btol x? ishhh...

sukma masum
sukma masum
ape-ape pon doakan je la kami anak-anak yang bakal menjadi atlet untuk berjaya dalam kedua-dua event ni...

Terima Kasih Sudi Singgah

ku tak akan bersuara


izinkan cintaku berbunga di hati mu
biar terus mekar jadi kenyataan
telah lama ku dahaga
belaian seorang insan
semoga bersama mu ceria hidup ku

ku tak akan bersuara
walau dirimu kekurangan
hanya setia mu itu kuharapkan

ku tak akan menduakan
walau kilauan menggoda
kasih dah sayang ku
tetap utuh untuk mu

hanya ku pinta dari mu
setialah selamanya
sehingga abadi cinta ini sayang
itu ku doakan

tak mungkin kan terjadi
kehancuran cinta kita
andainya hatimu
seperti hatiku....



Terima Kasih Sudi Singgah

21 April 2010

boleh kah?

lelaki sering memikirkan untuk mempunyai ramai wanita di sekelilingnya
tapi boleh kah lelaki berlaku adil untuk itu?

lelaki sering menginginkan kesempurnaan
tapi boleh kah lelaki ni bagi sesuatu yang sempurna tuk wanita?

lelaki sering mahukan seorang wanita yang pandai menjaga hati nya
tapi boleh kah lelaki ni jaga hati wanita yang lembut bak kapas?

lelaki sering membayangkan untuk mendampingi wanita yang cantik paras rupa
tapi boleh kah paras rupa itu menjamin kebahagiaan smpai ke hari tua?

lelaki... wanita... hurmmm
lagi skali.... tolong lah jaga hati wanita wahai lelaki...

Terima Kasih Sudi Singgah

jiwa hati cinta

jiwa ini
hati ini
sering memikirkan Nya
sering merindukan Nya
sering memerlukan Nya

jiwa ini
hati ini
terlalu rindu kan diriNya
terlalu sayang akan diriNya

jiwa ini
hati ini
memerlukan cinta dari Nya..
Ya ALLAH...


Terima Kasih Sudi Singgah

countdown

countdown...
sukma 2010 just around the corner..
quite nervous...
actually, i'm not ready yet...

pagi, petang, mlm....
training.. training.. n keep training..
tanamkan dalam hati yang JOHOR pasti boleh...
JOHOR BOLEH.....

wish us luck 4 all of us....

Terima Kasih Sudi Singgah

10 April 2010

seharum bunga...

sering kita melihat salju yang memutih
awan dilangit yang membiru
air dilautan terbentang luas
pasti kita akan sangkakan segalanya berjalan dengan lancar

tapi pabila hujan turun dengan lebatnya
janganlah kita mengeluh
kerana nescaya hujan itu mempunyai rahmatnya tersendiri

seringkali kita melihat tumbuhan yang menawan
dilimpahi dengan dedaun yang menghijau
berserta bunga-bungaan yang mekar mewangi..

tapi, walau sewangi bunga
ianya tetap mempunyai kekurangan
janganlah kita anggap segalanya akan menjadi sempurna

Terima Kasih Sudi Singgah

finally..


ohh.. finally!!
exm for this sem dah habis..
but i've one more pending work which is the due on this coming 12/4....
wish me luck to finish up all the things...
even it is only one more work but it seems like a studio work..
goshh.. studio again? OMG!!!
tensionnnnn....

Terima Kasih Sudi Singgah

6 April 2010

simpan saja sayang mu itu..

simpan saja sayang mu itu..
aku tak memerlukannya lagi..
aku hanya perlukan sayang darinya..
berikanlah sayang mu itu kepada yang berhak..
aku tak lagi berhak menerimanya..
terima lah kenyataan bahawa aku bukan lagi untuk mu...
ya.. aku bukan untukmu..

maafkan lah diri ini sekiranya aku ada melakukan kesilapan..
halalkan lah segalanya seperti mana ku menghalal kan segala nya kepadamu..
simpan lah segalanya hanya sebagai kenangan..
janganlah kau tangisi lagi..
janganlah kau merayu lagi..
jangan lah kau melakukan perkara yang boleh menyakiti ku dan juga dirimu..
terimalah segalanya sebagai ketentuan..

ketahuilah bahawa aku hanya mencintai dia..
dia telah membuatkan hidupku lebih bermakna..
dia telah menceriakan hidup ku..
dia telah mewarnakan hidup ku dengan warna-warna ceria..
dia telah menjauhkan aku dari segala kesakitan..
dia adalah kekuatan ku..

jadi.. ku harap kau simpan saja sayang mu itu..
dan berikan lah ianya kepada yang lebih berhak..
berikanlah sayang mu itu kepada mereka yang lebih menyayangi mu..
maafkan aku...

doakan aku menemui kebahagiaan di dunia dan di akhirat..



Terima Kasih Sudi Singgah