5 March 2010

jubah buat ibu


"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh1 bergaduh! bergaduh! kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang x menyusahkan aku?" marah si ibu.

Along hanya membungkam. tidak menjawab sepatah apapun.

"kau tu dah besar Along. masuk kali ni dah dua kali kau ulang amek SPM, tapi kau asyik buat hal jerk.. cuba kau ikut angah ngan alang tu.. kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnye. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. kali ini darah Along mula menderau.

"Sekarang kau cakap kenapa kau bergaduh tadi? kenapa kau pukul anak pengetua tu? cakap along, cakap!" jerkah ibu Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang

"jadi betul lah kau yang mulakan pergaduhan yea!? nanti kau, suka sangat cari penyakitkan.. sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugak lah along menjerit kesakitan. "sakit bu... sakit.. maafkan along bu.. along janji tak buat lagi.. Bu , jgn pukul bu.. sakit bu.. " along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi

"tau sakit ye? kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" balas ibu lagi kali ni semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh along yang kurus itu.

"Bu.. ampunkan Along bu.. bukan along yang mulakan.. bukan along... bu... sakit bu...!!" rayu along dgn suara yg tersekat-sekat menahan pedih.

Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisannya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari.

Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan along. tangan along yg masih memaut kakinya di tepis kasar. Along menatap mata ibu. ada manik2 kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis kerananya.


Malam itu along berjaga sepanjang malam. Entah kenapa matanya tak dapat dilelapkan. dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi smpai menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan untuk kesekian kalinya.
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. malah, semua kesalahan itu dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pon tidak bersalah dalam hal ini.

Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luja yang berbirat di tubuhnya dek kerana rotan ibunya tadi. perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. walaupon sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. along merebahkan badannya. dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mampu lelap..


Seketika kemudia wajah ibu menjelma di ruang ingatan along.. wajah ibu suatu ketika dahulu sangar mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. tetapi along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau kadang-kala kata-kata ibunta sangat menyakitkan hati...

Along sayang ibu...


Dialah satu-satunya ibu yang along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. along mahu mintak maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamerba pada ketika ini, perasaannya pula semakin resah dan gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.


Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika di tanya, hanya sepatah di jawab ibu... itupon acuh tidah acuh sahaja.. pulang dari sekolah along terus menuju ke dapur. dia mencangak mencari ibu kalau-kalau ibu kesayangan nya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. dia tekad mahu menolong ibu pada waktu itu. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu dan ibu akan kembali lembut seperti sedia kala.


Namun belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka...
"ibu.. ibu masak apa ni? banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri yea?" tanya atih kehairanan..

Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya.


"Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?"

"Eh jgn, nnt dulu.. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah kak ngan ngan alang balik dulu.. nanti kita makan sekali. pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu yea!" si ibu bersuara lembut.


Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecik along.

"Kak Ngah ngan alang nak balik ke ibu?" soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur.

Si ibu mengangguk sambil tersenyu,. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan

"Ooooo patotlah ibu masak lauk banyak2. Mmmm bu, tapi Atih pelik la.. Kenapa bila Along balik, ibu tak nak masak cam ni pon?" Along terkejut mendengar soalan Atih namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya.

"Along kan hari-hari balik rumah? Kak ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pon sebulan sekali jerk.." terang si ibu.

" Tapi ibu tak pernah masak laik macam ni dekat Along pon?" soal atih lagi.. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan.

Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adikny itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayangnya.


"Dah dah la tu.. pergi mandi cepat. Kejap lagi kita ambil kak ngan ngan alang kat stesen bas." arah ibu kepada atih.


Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal bukan-bukan. malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya... Apa yang dikata tidak pernah di dengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupon si rumah. Di sebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.


Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke pesat bandar sambil jalan-jalan buat menghilagkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kaki nya tiba-tiba berhenti melangkah matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik.
'cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa...' dia bermonolog sendiri.

Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba di sentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya.


"La.. kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz...

"Aku tolong jaga butik kakak aku. kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula.

"Aku x de wat pape pon, cuma nak tengok-tengok baju ni jerk.. Aku ingat nak bagi kat mak aku la.." jelas along jujur


"wa... bagus la kaku ni Azam.. kalau kau bak beli aku bgi less 50%. Macam mane? nak x? " terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz tu.

"Betul ke ni Riz?? nnt marah plak kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi pnye la... ko jgn risau ok? " balas Fariz penuh yakin


"Tapi aku kena beli minggu depan la.. aku x cukup duit skunk ni.." cerita Along agak keseganan.

Fariz hanya menepuk bahu nya sambil tersenyum. " Kau amek dulu, pas 2 nnt kau bayar la sikit2.." kata Fariz.


Along hanya menggeleng kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi dan silap-silap dipukul lagi.


"Sekarang ni dekat kau ada berapa ringgit?"
Soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, x pe lah, aku datang beli minggu depan. kau jgn jual baju ni tau!" pesan along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.
Hari semakin lewat. jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angan & Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang td dia belum mkn lagi..

Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. tanpa berlengah dia terus makan sambil di temani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya.

'Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan.

"Kenapa tak mkn kat luar je? tau plak nak balik bile dah lapar kan?" leter ibu lagi.

Along hanya diam.
Dia terus berusaha mengikir senyuman dan membuat muka selamber seperti tiada apa-apa yg berlaku. Tiba-tiba angah dan alang menghampirinya di meja makan. mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau.. Suka buat ibu susah hati. kerana Along ibu kene marah dengan pengetua tu." marah angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM.


Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja...


"Along, klu ko x suka blaja, bek ko benti je la.. Buat kerja lain yang berfaedah daripada ko menghabiskan duit ibu" smpuk alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat muka memandang wajah si ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka.

Along tidak tahan lagi dan tanpa berlengah, dia segera memcuci tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru, hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti si ibu aka makin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan meninggalkan rumah buat seketika. Dia akan mencari kerja di bandar. Kebetulan cuti pertengahan semesta akan bermula selama seminggu bermula esok. Seperti yang di nekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat kepada seisi rumah.

Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru die terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakan nya itu. Along menunggang motor terus ke bandar untuk mencari pekerjaan buat sementara waktu. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan abg joe, sebagai pembantu di bengkel motornya dengan upah yang tidak seberapa tapi cukup buat dia. Gaji yang di beri adalah sebanyak lima belas ringgit.. tapi along sangat bersyukur dan gembira. Terbayang-bayang di benaknya bahawa tidak lama lagi dapat lah dia membeli jubah yang di idamkan untuk ibu kesayangannya.


Hari ini merupakan hari ke empat Along keluar dari rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar sana. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anak yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abg joe di bengkelnya. Sikap abg joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abg joe seorang yang baik dan dia telah banyak membantu along semasa along susah. Antaranya abg joe sanggup menumpangkan Along di rumah nya dengan percuma.


"Azam, kalau aku tanya kau, kau jgn marah l?" soal abg joe kepada along secara tiba-tiba semasa menikmati nasi bungkus tengah hari itu.


"Mcm serius jer bunyinya abg joe:" Along kehairanan.

"ermm.. sebenarnya kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu.
Nasi yang di suap ke mulut tersembut keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. melihat keadaan Along itu, Abg joe segera menghulurkan air..

"Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya abg joe lagi cuba menduga.


Soalan abg joe itu benar2 membuatkan hati along benar2 sebak. Along mendiamkan diri, dia terus menyuap nasi ke mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita x? atau inpian?"
Abg joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi.

"Ada" jwn along pendek..

"Kau nak jadi apa besar nanti? jurutera? doktor? cikgu? polis? landscape architect? pemain bola? atau mekanik macam aku??"

Along menggeleng-geleng kepala

"semua tak... cuma satu je.. saya nak mati dalam pangkuan ibu saya" jwb along disusuli ketawanya.

Abg Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu tadi.

"Ala.. gurau je la abg joe, tak kan tu pon nak amek serius? hehe... sebenarnye.. saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan... saya.. saya.. nak jadi anak yang soleh!" perlahan saja suaranya namun masih jelas didengari telinga abg joe.

Abg joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.


Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing2. Tidak seperti selalu, petang itu along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan abg joe waktu makan tadi.


"Abg joe, hari ini saya nak balik rumah.. terima kasiih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni," ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel.


Abg joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu.. Ini menyebabkan abg joe terasa agak sebak.


"Abg joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang saya yang sy tggl kan kat rumah abg joe tu, saya hadiahkan untuk abg joe" kata along lgi.

"tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal abg joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya tersenyum memandangnya.. "tak apa lah.. saya bagi kat abg joe. trima kasih banyak yea.. saya rasa tak mampu nak balas budi baik abg. Tapi, sy doakan perniagaan abg semakin maju" balasnya dengan tenang.


Sekali lagi abg joe memeluknya bagai seorang abg memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu.. setibanya di sana, adia terus ke tempat di mana baju itu di sangkut..

"Hey Azam, mana kau pergi? Hari itu mak kau ada tanya padal kau. Kau lari dari rumah ke?" soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.. Along hanya tersenngeh menampakkan giginya.

"Zam, mak kau marah kau lagi ke? kenapa kau x bg tau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?"

"Tak apa lah Riz.. perkara tu dah berlalu.. lagipon aku x nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ini" terang along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa. tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah" kata fariz lagi..

"tak pe lah Riz, aku tak nak ibu sedih lagi. Lagipon aku tak kisah.."


"Zam, kau ni..."

"Aku ok, lagipon aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih & ingt kisah lama tu" jelas along memotong kata2 si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jgn lupa lekat kad ni skali k?" pinta along smbil menyerahkan sekeping kad berwarna merah hati.

"No problem... tapi mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" soal Fariz ingin tahu.

"Aku kerja kat bengkel Abg joe.. jadi pembantu dia" terang Along

"Abg joe mana ni?"

"Yang bukak bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu.." jelas along dengan panjang lebar.


Fariz hanya mengangguk mendengar penjelasan Along tadi.

"Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"hari ni la.." balas along

"Oooo.. hari ini hari lahir ibu kau ke?"


"bukan, minggu depan"

"Habis kenapa kau tak bg minggu depan je?" soal Fariz lagi.


"Aku rasa hari ni je yang aku sempat untuk bagi hadiah ni. Lagipon, aku harap lepas ni ibu tak marah aku lagi." jawabnya sambil mengukir senyuman penuh bermakna.

Along keluar daripada kedai. kelihatan hujan mulai turun. Namun along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk si ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalny sudah membelok ke Jalan Nuri 2


Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing tiba-tiba hilang kawalan dan terus merempus Along dari dean. Along tak sempat nak elak dan... BOOMMXX... Akibat pelanggaran yang kuat itu, along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya.

Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia sedaya-upaya mencuba untuk mencapai hadian yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin banyak membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat.


Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan ibunya.. Ibunya yang di cintai.. Setelah sekian lama along rindukan kucupan seorang ibu, akhirnya dia dapat merasakan kucupan penuh kasih dari seorang insan yang bernama ibu. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya.
Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu.

"Ha.. hadiah... untuk... ibu..." ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman.

Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintai. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya smbil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pengkuan ibu yang dikasihi dan dia pergi untuk selama-lamanya..
Selesai upacara pengkebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah hati bertompok darah yang kering dibukanya lalu di baca.

"Buat ibu yang sangat di kasihi, ampunkanlah setiap salah dan silap yang pernah along buat selama ini. Andai Along malukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu.. Along janji tak kan buat ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Along sayang ibu hingga ke nafas terakhir along.. Hanya ibu di hati along.. maafkan Along buat kesekian kalinya.. Selamat hari lahir ibu.. dan terimalah hadiah ini... UNTUKMU IBU!" kad itu dilipat dan dicium berulang kali..


Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang, dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang di pendamnya selama ini.


"Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami dan dia dengan sengaja cari pasal dengan Azam. Malik telah menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan... dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila..." cerita Fariz dengan sebak.

Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik.

"Tapi kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan.

"Sebab... dia tak nak makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuk sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang... walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi die tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula..." Terang Fariz lagi dengan panjang.

FaRiz berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.


Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka...
(adapted from cerpen jubah buat ibu)
Blogged with the Flock Browser

Terima Kasih Sudi Singgah

0 si baik hati :

Post a Comment