Assalamualaikum
Semenjak jadi student balik ni, iolls dah rasa macam umur iolls ni baru je masuk 21 tahun. Padahal umur ni kalau nak dikira dah berkoyan-koyan angka dia. Orang cakap kalau kawen, dah boleh ada 2 orang anak. Hamek kau, macam la iolls ni tua sangat kan.
Semenjak jadi student balik ini jugak lah iolls terpaksa merajinkan diri pergi ke Dataran Merdeka untuk buat research. Selama umur dah berkoyan-koyan ni, tak pernah pulak la iolls terasa nak melepak kat Dataran Merdeka tu lama-lama. Dari pagi ke malam. Kau nak buat apa dik noon duduk sana saja-saja? Memang tak lah kan. Tapi, orang cakap zaman belajar ni lah kita nak merasa semua benda kan? Dan oleh sebab itu jugak la iolls ni 'terpaksa' melepakkan diri di Dataran Merdeka semata-mata nak buat activity mapping kat sana. Fuh, lemau jugak lah kan. Badan dari wangi semerbak bak bunga ros yang mekar boleh bertukar bau seperti tak mandi berhari-hari nampak sangat menipunya.
Tapi bila dikaji semula cheewah ayat kau rupa-rupanya duduk didataran atau dalam bahasa kasarnya 'melepak' di dataran memang best. Ada sense of nature yang boleh kita capai semasa di dataran. Kenapa iolls cakap macam tu? Sebabnya duduk di dataran merdeka ini dapat tenangkan fikiran. Pernah tah uolls bayangkan sebenarnya dataran merdeka itu sangat tenang walaupun kedudukan dia di tengah-tengah bandar? Yea, anak-anak muda ni mesti tak pernah nak rasakan tempat seperti dataran tu tenang. Yes, iolls tegaskan di sini, sememangya dataran merdeka tu tenang lagi-lagi bila waktu sunset. Serious iolls ckap ni, uolls kena cuba untuk melepak di dataran pada waktu-waktu sebegini. Then u can feel it by yourself.
dataran merdeka |
Other than that, uolls juga kena tahu yang di bawah dataran terdapat underground market yang menjual macam-macam souvenir, coklat dan selain itu dalam underground market itu juga terdapat restaurant a.k.a kedai makan. Kalau uolls tiba-tiba haus dan nak cari kedai runcit, kat bawah ni la uolls boleh cari.
underground market dataran merdeka |
Suasana underground market dataran merdeka ni sebijik mcm dalam shopping mall di mana ada aircond, jalan yang luas dan kedai yang bersih. Even tak banyak kedai yang buka dalam underground market ni, but uolls boleh try la jalan-jalan. Pintu masuk dia uolls boleh lalu dari area parking atau pun uolls boleh lalu dari perpustakaan. Kedudukan dia sebenarnya betul-betul di bawah bendera Malaysia yang tinggi tu.
Toilet pulak? yea, masa iolls buat survey di dataran merdeka ramai yang cakap salah satu kekurangan dataran ini ada;ah toilet di mana pera pengunjung a.k.a tourist tak jumpa toilet. Untuk pengetahuan uolls, uolls boleh lah cari toilet kat area underground market ni. Keadaan toilet dia pon amatlah bersih dan juga selesa. Senang cakap kalau nak poo atau boo tu memang selesa lah dan tak ada yang tersangkut-sangkut. Follow the flow orang cakap. Ceh..
graffiti underground market dataran merdeka |
Mesti ramai yang tak percaya kat bawah dataran merdeka ini juga terdapat graffiti yang cantik-cantik. Memang ramai anak muda yang berbakat di Malaysia ini. Jadi, jom lah beramai-ramai kita serbu underground market ni. Since ramai yang tak tahu, dan now iolls dah pon bagi tahu jadi jom lah kita support peniaga-peniaga di sini. Best tau.