Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

18 August 2011

Cebisan kata buat Papa

12.08.2011
pada tarikh ini, genaplah 68 tahun umur beliau
papa telah genap 68 tahun..

papa,
terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang sangat-sangat penyayang di dunia ini
terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang amat memahami anak-anak mu
terima kasih kerana sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anak mu tersenyum
terima kasih papa
jasamu tak kan dapat kami balas walau dengan sejuta ringgit sekalipun

papa,
kau telah menjaga kami dari kami sebesar tapak tangan sehinggalah kami boleh melihat dunia ini
kasih sayang mu terhadap anak-anak tak pernah berbelah bahagi.
kau sanggup menahan lapar demi melihat anak-anak tersenyum girang
kau sanggup mengerah tenaga tua mu demi memberikan kami apa yang diinginkan.
semua itu tak mungkin dapat di balas..

papa,
kasihmu di dunia ini tiada tandingan nya.
tidak akan ada lelaki yang bisa menyayangi diri ini lebih dari kasih sayang mu kepadaku
tidak akan ada lelaki yang sanggup menggadaikan nyawanya demi anak mu seperti mana kau sanggup menggadaikan nyawamu demi anak-anak tercinta
kasih sayang mu tetap menjadi yang pertama..

Ya Allah.. hanya terima kasih yang dapat ku zahirkan..
terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ku seorang bapa yang tiada tolok bandingnya...

Selamat Hari Lahir papa..







Terima Kasih Sudi Singgah

10 June 2011

mana lebih selamat?

holla
hello
hallu

rasa happy la sangat bila fikir pasal keluarga.. almaklum lah sekarang ni duduk dengan family.. makan, minum, baju, semua dijaga.. lala~~ hati sangat lah gembira.. sapa yang tak gembira kan?

Sekarang ni iolls dok ngan family sebab iolls tengah practical.. iolls practical dekat je dengan rumah.. kalau keluar rumah jam 8.20, compon boleh sampai ofis sebelum 8.30 tapi masalahnye iolls ni suka keluar rumah jam 8.25.. so korang rasa boleh tak iolls nak sampai ofis before 8.30? mesti tak boleh punya lah.. haha.. selalu nya iolls akan sampai ofis lambat 3 minit.. paling lambat iolls sampai 8.39... tu la rekod.. tapi rekod tu sangat lah tak cantik sebab rumah dekat tapi still tak boleh nak datang awal.. buroookk nye perangai kau ni iolls.. haha

kalau sebelum ni iolls duduk kat johor, iolls rasa kan hidup ini sangat lah susah.. almaklumlah dari kecik memang duduk bawah ketiak ibu je.. jadi bila kena berdiri atas kaki sendiri a.k.a berdikari, memang susah la.. kalau u all nak tahu, every time iolls  balik johor je, mesti iolls kurus.. percaya tak? percaya tak? nak percaya atau tak, memang itu kenyataannya.. tapi once iolls balik kl, even for a week pon, badan iolls boleh naik... semua itu penangan dari perasaan senang hati bila duduk di rumah dan makan, minum serta pakai di jaga dengan rapi.. 

Dulu masa kecik-kecik, pernah tak korang terfikir nak duduk sendiri dengan kawan-kawan.. haa... mesti pernah kan? jangan nak tipu la.. mesti korang rasa cool gila bila duduk berjauhan dari family kan kan kan? iolls pon sama jugak.. dulu kecik-kecik siap plan dengan kawan-kawan nak sewa rumah sama-sama.. pergi kerja sama-sama.. itu lah ini lah.. semua nya sebab tak nak di kongkong bila tinggal  dengan parents.. tapi al-kisahnya mnasa tu bukan kita tahu susah atau senang duduk jauh kan? ni bila dah besar barulah masing-masing realize yang duduk dengan family adalah segala-galanya.. betul ke tak pe? hehe... 

jadi... bagi iolls lah.. duduk dengan family is more save + safe = better... 


Terima Kasih Sudi Singgah

9 May 2011

ibu

ibu, 

ibu, jasamu tidak mungkin dapat ku balas
kau rela untuk membawaku kemana sahaja 
kau rela menyakitkan dirimu begitu sahaja
kau juga rela mengorbankan nyawamu demi anak-anak yang kau kandung
ibu, tahukah engkau dirimu ibarat mutiara di lautan
jagamu tidak terkira ibarat pasir di persisiran pantai
ibu, engkau sering memberiku cahaya di kala ku kegelapan
kau ibu, itu ibarat bulan di langit cerah
ibu juga ibarat matahari yang sentiasa menyinari siang

ibu,
ku juga tahu, engkau sanggup bermati-matian mempertahankan anak mu walau dalam apa situasi sekalipun
kau ibarat oksigen di muka bumi
kau ibarat nafas kedua bagi diri ku
kau juga ibarat separuh nadi ku..

ibu, kau lah segalanya
kau ibu ku.. 
Selamat Hari Ibu 

dari anakmu..

Terima Kasih Sudi Singgah

8 May 2011

bunga-bunga matahari





venue : Pusat sains negara

Terima Kasih Sudi Singgah

19 April 2011

Pusat Sains Negara~~~ third version

hello
holla 
hallu
yeahh.. post kali ini adalah sambungan post-post yang lepas.. ini adalah third version untuk gambar-gambar yang reen nak tunjuk kat korang.. gambar kali ni reen nak share gambar semua family reen yang pergi pusat sains negara 3 hari yang lepas..

hajar yang naughty

indoor playgrond

indoor playground


smart one

cute girl


one happy family

ok.. lepas ini ada satu je lagi gambar yang reen nak share dengan kawan-kawan..



Terima Kasih Sudi Singgah

17 April 2011

Pusat Sains Negara~~~ second version

holla
hallu
hello

seperti yang aku janjikan, awal pagi tadi, aku dah cakap yang aku akan buat entry pusat sains negara versi kakak aku plak kan? actually ini bukan lah versi dia sangat pon.. still versi aku tapi gambar je banyak gambar dia ni..
kakak aku ni kecik je orang dia.. kalau korang tengok, korang rasa umur dia berapa erk? kalau aku keluar dengan dia, ada gak yang cakap aku ni kakak dia.. ada ke patot? ishh ishh ishh.. memang la tak patot kan kan kan? aku punye la comot comel, bleh plak orang cakap aku ni macam kakak kakak.. ishh.. geram pon ade kan? hehe.. tapi aku tak nafikan lah yang kakak aku ni cantik.. kak, tolong jangan perasan sebab adik ko puji ko ok.. cantik sikit je la.. tapi adik ko ni lagi cantik.. cantik banyak kot.. hahaha.. perasan sungguh anak pak cik zakaria ni kan.. hihi

ok.. now, korang tengok la hasil gambar yang aku ambil masa kat PSN..
ni la kakak aku, anjeer leez
with adam muhammad

with dinosaur


with the winners of nobel prize.

x de caption nak bagi..
dia ni boleh cakap sikit tak betul kot, dalam building yang ada aircond pon boleh nak pakai sun glasses. so? senget sikit kan? haha.. akak.. sorry.. muahh.. sayang kat ko la.. lalala

ok.. next aku nak buat version reramai plak..



Terima Kasih Sudi Singgah

7 December 2010

sepetang di PD (2nd entry)











Terima Kasih Sudi Singgah

sepetang di PD (1st entry)

maaf ye kak.. 'amik gambar curi'


Sepetang di PD.. isnin, meluangkan masa dengan keluarga tercinta.. walaupun diperlukan untuk menjadi drebar, tapi rasa sungguh menggembirakan... gembira dengan kehidupan sekarang.. hari ini lebih bermakna dari semalam.. hari ini lebih sempurna dari semalam.. hari esok adalah segala-galanya...



adik aja.. kamu sungguh menawan... dengan editing yang lebih kurang, mengutamakan monochrome.. hasil nya sangat cantik.. yea.. sy sgt suka gambar ni... senyuman yang ikhlas dari hati kecil mu...


berlatar belakangkan sebuah permaidani lautan yang indah, gambar si kecil diambil buat kesekian kalinya.. tanpa memberikan banyak kerenah, si kecil tersenyum gembira tatkala gambar nya diambil sekali lagi... yea... tq siti hajar...



aja, asu dan uda.. 3 nma yang berbeza, 3 watak yang berbeza.. tapi ketiga-tiganya adik ku... adik kesayangan walau sering dimarahi dan memarahi.. tapi dalam hati tetap sayang.. cantik susunan yang korang buat... hehe...


ditenggelami lautan membiru... 3 beradik bermain dengan penuh keriangan.. bermain dengan penuh kemesraan.. kemesraan yang bisa membuatkan ikatan lebih mesra.. lebih erat daripada biasa.. terima kasuh ya TUHAN



ku berlari mencari pelangi yang indah di tepi lautan yang sepi... ingin kukecapi segala yang indah.. segalanya demi mu Ya TUHAN...

Terima Kasih Sudi Singgah