31 October 2013

Stalker

Masa itu emas.

Uols ada lebihan masa terluang ke sampai sanggup habiskan masa untuk stalk orang lain? Kenapa perlu jadi stalker yea? Kesian pulak iols tengok orang-orang yang macam ni.. Sepatutnya masa-masa terluang yang uols ada tu boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya. Tak payah la nak sakitkan hati sendiri dengan mengambil tahu hal perihal individu lain.

Bukan lah iols bermaksud atau menyatakan kita ni langsung tak boleh nak tengok life others but it depends on the situation la.. Kalau dah sampai nak stalk orang, tengok life orang lain setiap saat bukan ke dah boleh dikategorikan sebagai psycho?

Kadang-kadang being a stalker boleh menyakitkan hati sendiri di mana: 

1. Cuba menjadi stalker kepada teman baru kepada bekas kekasih sendiri. Dalam situasi ini pasti hati sendiri sakit kan bila uols melihat bekas kekasih uols dengan teman barunya bermesra bagai dan segala macam jenis mesra ada.Lepas itu, uols tengok pulak muka teman baru bekas kekasih uols ni memang cantik, comel dan mengancam. Mesti uols akan makan hati berulam jantung kan..

2. Menjadi stalker kepada musuh anda. Dalam situasi yang ini pula, pastinya uols akan merasa iri hati bila musuh uols dilihat seperti tiada apa-apa yang berlaku. Musuh uols ni hidup dalam keadaan yang sangat tenteram dan tidak tertekan seperti uols yang terasa iri hati, busuk hati, dan segala jenis hati yang adalah.. Padahal musuh uols ni tak langsung ambil peduli pasal uols. haihh.. Kesian

3. Menjadi stalker kepada someone yang uols admire. Yang ni pon kadang-kadang boleh buat uols makan hati kan. Uols suka kat someone tu, tup-tup uols tengok someone tu bermesra dengan kekasih hatinya. Kalau pun someone itu tiada kekasih hati, mungkin uols akan terasa tak tenteram sebab mungkin ada juga orang lain yang tengah nak masuk line meng'usha' someone itu. 

ok.. Stop being such a stalker person. Make your own life. Jangan rasa tercabar with other person sebab uols sendiri pon ada kelebihan masing-masing. Put your trust not on others but put your trust on your own shoulder. InsyaAllah uols punya life akan berjalan seperti biasa dan tiada dendam kesumat, sakit hati, busuk hati dan segala jenis hati lagi lah. 

Just let it go. Bila kita bersihkan hati kita, insyaAllah ianya juga akan terpancar di wajah..



Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Kasih Sudi Singgah

13 October 2013

Menghitung hari

Tajuk nak gah macam lagu Kris Dayanti. Padahal post dengan tajuk kaitan hanyalah sebesar zarah.

Kadang-kala terasa seperti tak nak menghitung hari. Penat untuk menunggu hari-hari yang mendatang. Kadang-kala pula rasa macam hari tu cepat sangat berlalu. Berkawan dalam keadaan jarak yang jauh memang agak susah namun atas dasar kepercayaan satu sama lain, ianya menjadi sangat manis. Dengan perasaan ingin berjumpa yang di simpan, yang di pendam ianya jugak mendatangkan kemanisan yang hanya mereka yang mengalami sahaja mengetahui. Bukan tak biasa untuk berjauhan tapi dalam keadaan untuk merentas lautan, ianya agak terkesan.

Biar jarak yang memisahkan 
Biar masa yang menentukan
Jarak hanya satu ukuran
Masa masih berjalan

Menghitung hari sementara sahaja
Bila keadaan menjadi sedia-kala 
ku harap semuanya baik-baik sahaja
Ku menanti saat itu tiba 

Hanya mimpi yang mendekatkan hubungan 
Hanya alam maya yang menyampaikan rinduku padanya
Ku harap ianya tidak lama. 



Terima Kasih Sudi Singgah