19 August 2011

rara zikry

office hour.. time-tima macam ni lah masa yang sesuai untuk ZZ men-google-kan diri dengan current issues.. Tadi masa tengah go through tengok wall kat fb, ZZ nampak satu link yang direct to the link yang menceritakan pasal Rara Zikry ni.. ZZ rasa mesti ramai yang tak kenal Rara Zikry.. She's not a public figure.. She's just a girl who need help from us.. Yes from all of us..

Sebenarnya ZZ sendiri tak kenal siapa itu rara Zikry.. tapi lepas baca cerita dari link ini ZZ rasa macam makin menyenali siapa Rara Zikry.. Bagi ZZ personally, Rara ni seorang yang sangat cantik.. Siapa yang tak suka tengok sesuatu yang cantik kan? Walaupun ZZ ni seorang perempuan, ZZ tak malu nak puji orang yang cantik.. Bagi ZZ memang sangat cantik.. Walaupun dia bukan pelakon, atau apa sahaja, namun dia memang cantik mengalahkan seorang pelakon.. Senyuman dia memang boleh buat lelaki cair.. percayalah... kalau tak percaya click je kat sini (RARA ZIKRY)..

ini sedikit info pasal Rara ( Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri )




Pada 19 Mac 2010, Rara Zikry mengalami serangan asma ketika mengayuh basikal (tapi mummy dia cakap, masa dia tgh jogging) bersama rakan-rakan. Kemudian beliau dihantar ke Subang Jaya Medical Centre dan dimasukkan ke ICU dalam keadaan koma. Tak lama lepas tu dia terjaga tapi dah tak boleh cakap dan mengalami beberapa komplikasi lain. 
Tak berapa lama lepas tu, dia telah dipindahkan ke Hospital University untuk further treatment dan doktor diagnose dia telah mengalami Hypoxic Ischemic Encephalopathy (brain damage). Dan sekrang keluarga dia memerlukan sumbangan dari apa jua jenis tak kira wang ringgit, doa mahupun apa sahaja yang boleh meringankan beban mereka..

Jadi, marilah kita sama-sama mendoakan rara cepat sembuh..


for more info about rara click SINI
Terima Kasih Sudi Singgah

18 August 2011

Cebisan kata buat Papa

12.08.2011
pada tarikh ini, genaplah 68 tahun umur beliau
papa telah genap 68 tahun..

papa,
terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang sangat-sangat penyayang di dunia ini
terima kasih kerana menjadi seorang bapa yang amat memahami anak-anak mu
terima kasih kerana sanggup berkorban apa sahaja demi melihat anak-anak mu tersenyum
terima kasih papa
jasamu tak kan dapat kami balas walau dengan sejuta ringgit sekalipun

papa,
kau telah menjaga kami dari kami sebesar tapak tangan sehinggalah kami boleh melihat dunia ini
kasih sayang mu terhadap anak-anak tak pernah berbelah bahagi.
kau sanggup menahan lapar demi melihat anak-anak tersenyum girang
kau sanggup mengerah tenaga tua mu demi memberikan kami apa yang diinginkan.
semua itu tak mungkin dapat di balas..

papa,
kasihmu di dunia ini tiada tandingan nya.
tidak akan ada lelaki yang bisa menyayangi diri ini lebih dari kasih sayang mu kepadaku
tidak akan ada lelaki yang sanggup menggadaikan nyawanya demi anak mu seperti mana kau sanggup menggadaikan nyawamu demi anak-anak tercinta
kasih sayang mu tetap menjadi yang pertama..

Ya Allah.. hanya terima kasih yang dapat ku zahirkan..
terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ku seorang bapa yang tiada tolok bandingnya...

Selamat Hari Lahir papa..







Terima Kasih Sudi Singgah