3 January 2020

Kehilangan


Assalamualaikum.

Lebih dua tahun aku tak update apa-apa dalam blog ni. Terasa rindu untuk menulis semula. Terasa rindu untuk luahkan perasaan dan terasa rindu untuk mencoretkan rasa.

Allahyarham Mohamad Hafis Mohamad Saleh

Hari ini telah genap 16 bulan dan 6 hari aku kehilangan suami. Ya, aku telah kehilangan insan yang amat aku cintai iaitu suamiku pada 31 ogos 2018. Insan yang aku impikan untuk hidup bersama selamanya telah dulu pergi meninggalkan aku.

Kami hanya sempat melayari bahtera rumah tangga selama tiga tahun tiga minggu dan tiga hari. Hanya dalam waktu yang singkat ini, Allah pinjamkan dia buatku dan kini Allah telah ambil dirinya kembali. Aku redha dan aku makin redha.

Dahulu, dahulu kami sering lakukan segala aktiviti bersama. Tidak pernah walau sekali aku membelakangkan dirinya. Walau apa yang aku lakukan, pasti… pasti aku akan mendapatkan keizinan darinya. Walau hanya tiga tahun 3 minggu dan 3 hari aku bergelar seorang isteri kepada seorang suami, itu tak bermakna aku tidak punya rasa.

Walau ada yang kata, tempoh perkahwinan kami masih singkat, tapi itu tak bermakna bahawa cinta dan kasih sayang kami tidak sekuat kalian yang berkahwin lebih 5 tahun, lebih 10 tahun mahupun lebih 15 tahun dan seterusnya. Ya, aku tidak sama sekali membezakan tahap kasih sayang kalian terhadap pasangan masing-masing dengan diri aku. Tapi ingin aku tekankan, janganlah kalian cakap, ‘korang baru kawen 3 tahun, masih tak banyak kenangan bersama, so kau mesti senang nak move on’. Kalian tidak berada di dalam kasut aku dan kalian juga tidak tahu apa yang aku rasa dan apa yang aku lalui. Kita semua tidak sama.

Sedangkan mereka yang berkahwin satu bulan, satu minggu mahupun satu hari akan terasa peritnya jika kehilangan orang tersayang lebih-lebih lagi kehilangan selamanya. Jadi, janganlah kita menjadi hakim yang mempersoalkan rasa kasih sayang antara pasangan kerana Allah telah menciptakan hambanya berpasang-pasangan.

Alhamdulillah, setelah lebih setahun, kini aku dah boleh terima kenyataan yang aku tidak lagi mempunyai pasangan dan hanya setakat itu sahaja Allah pinjamkan masa untuk kami berkasih sayang. Walau hanya sekejap Cuma, namun aku tahu, nilai kasih sayang ini akan kekal selamanya. Walau tidak banyak kenangan yang sempat kami cipta, namun kami masih punya penyambung zuriat yang Allah berikan buat kami. Nur Hafizah Qalby. Ya, sekarang dah bijak walaupun baru masuk umur satu tahun satu minggu.


Doakan aku untuk terus kuat dan semakin kuat dari hari ke hari.




Terima Kasih Sudi Singgah

21 September 2017

Hobi baru

Assalamualaikum. 

Pejam celik pejam celik dah bulan sembilan. Rupa-rupanya dah masuk dua tahun aku berkahwin. Terasa macam baru sebulan kami kahwin. Wah, nampak tak kami sentiasa dalam mood honeymoon? 

Jangan pula ada yang tanya, aku merancang ke sebab dah dua tahun kahwin tapi tak ada anak lagi? Dan jawapan kepada soalan itu, aku tak pernah merancang. Masing-masing dah nak menginjak ke angka 30. Takkan nak merancang sampai dah masuk umur 40 baru nak fikir pasal rezeki anak kan? Since hari pertama bernikah, tak pernah pon dalam fikiran ni terlintas untuk merancang honeymoon lama-lama. Siap merancang nak ada baby cepat-cepat adalah. Tapi kita kena ingat, sebaik-baik perancang adalah Allah Swt. 

Tapi aku tak pernah putus asa dan aku masih bahagia walau hidup berdua sebab masih ada keluarga besar yang lain. chill lah. 

Since masih berdua, Jadi timbullah hobi baru yang dapat mengeratkan lagi kasih sayang. Sekarang ni aku dah start cycling. Mula-mula masa nak beli basikal tu rasa macam saja-saja nak try. Tapi once dah beli, aktiviti ni dah jadi aktiviti rutin mingguan. Mesti kena ride. Atleast 15km per ride. Kalau tak cycle tu rasa semacam. 

Nak keluarkan peluh dengan berjogging, dah rasa malas sangat. Tak macam sebelum kahwin dulu memang rajn. Tapi bila dah kahwin ni dia ada tabiat lain macam sikit. Tabiat suka duduk rumah dan malas nak keluar rumah. Al-maklumlah, rumahku syurgaku lah katakan. 
Gittew.. 

Tapi sekarang ni tabiat tu dah berubah. Kena jugak keluar rumah walau sekali dalam seminggu untuk berbasikal. Dan yang paling penting kena ada my partner in crime lah kan. Kalau tak ada dia, tak jadi jugak. 

Kami pernah berbasikal berdua je dari selayang masuk ke kuala lumpur. Saje je nak test samada masih mampu nak bersukan ke tak. Nah... ni buktinya yang kami masih mampu. 



Ha, sampai ke KLCC tu. Dari selayang nak ke KLCC tu jarak dia dalam 25 km jugak lah sebab lalu jalan dalam which is jalan kampung nak perumahan. Kami elakkan untuk lalu jalan Kuching atau pun highway. 

Selain itu, kami jugak pernah pergi ke event Shah Alam free car day. Yang tu pon best jugak. Tapi masa hari event tu hujan. Walaupun hujan, berjaya jugak lah habiskan 3 round pusing bandar Shah Alam masa tu. 

Target kami pulak nak balik kampung si dia naik beskal. Maklumlah, minyak makin mahal. Naik basikal ni dah boleh save duit minyak dengan tol. hihi

Untuk yang baru nak start berbasikal macam kami-kami ni, aku sarankan belilah 'gear' yang lengkap. Helmet dan lampu basikal tu paling utama kalau rasa nak ride masuk KL ni. Sebenarnya bukan masuk KL je kena pakai gear ni, kalau ride kat kawasan pekan pon di sarankan pakailah peralatan yang lengkap dalam berbasikal. 






Terima Kasih Sudi Singgah